Mampukah PR Mentadbir Belaga?

Pakatan Rakyat ialah sebuah gabungan politk haram (tidak berdaftar) yang lingkungan ahli-ahli mereka ialah terdiri daripada 3 kaum teras utama di Malaysia iaitu Melayu, India dan Cina.  Komponen PR tidak begitu dikenali dikalangan suku kaum dan bangsa pribumi lain di Sarawak walaupun mereka ada beberapa cabang/cawangan di negeri tersebut.

Berlainan dengan BN yang mencakupi kesemua parti-parti yang antaranya mewakili suku kaum pribumi ini.  Berdaftar pulak tu.

Persoalan timbul, mampukah Pakatan haram ini mentadbir Belaga mengikut acuan negeri ini?  Yang kita nampak sekarang, dikalangan komponen Pakatan, hanya DAP saja yang mempunyai pengaruh ‘lebih sedikit’ dari 2 komponen yang lain, itupun sebab sokongan masyarakat cina.

Pengaruh SNAP, PAS dan PKR dikalangan rakyat Sarawak masih lagi suam-suam kuku, terutama PAS. Malah SNAP dan PKR pula sentiasa bertelagah antara satu dengan yang lain untuk berebut kerusi di tempat yang sama…

Dengan begitu keadaannya, bagaimana kita nak mengharapkan Pakatan ini memimpin Belaga lebih-lebih lagi kerajaan Sarawak yang banyak dipengaruhi budaya masyarakat setempat?  Dengan hampir 50% populasi masyarakat Sarawak dikuasai orang Iban, bagaimana Pakatan nak memimpin negeri agar boleh adil kepada masyarakat setempat yang terdiri dari pelbagai suku kaum dan budaya?

Kita kena ingat, DAP telah cuba ini di Pulau Pinang (berlaku adil kepada semua) tetapi gagal.  Kerana apa?  Kerana DAP diterajui majoriti orang cina dan orang cina jugak yang memberi kemenangan kepada mereka.  Justeru mahu tidak mahu, sudah tentulah mereka memberikan kelebihan kepada masyarakat cina juga.

Inilah yang menyebabkan banyak berlaku masalah di Pulau Pinang dengan demostrasi ke atas kepincangan kepimpinan kerajaan negeri berlaku hampir setiap minggu.  Bukan sikit anak punya perhimpunan, siap bawak keranda pun ada.

Kegagalan DAP memahami aspirasi masyarakat selain cina juga menyebabkan masalah sensitiviti yang lain, antaranya menggunakan duit lumba kuda untuk diagih kepada fakir miskin dan orang tua, pemberian bantuan di dalam tokong kepada semua bangsa tak kira agama dan sebagainya.

Rakyat Sarawak sudah tentu tidak mahu melihat semua ini berlaku di negeri mereka, tambah pulak lagi, demografik penduduk di Sarawak yang jauh lebih pelbagai dibandingkan dengan Pulau Pinang.

Seperti kata Perdana Menteri, pilihanraya bukan tempat untuk bereksperimen. Apa pun masalah berkaitan dengan kepimpinan BN di Sarawak sekarang adalah masalah yang boleh diatasi.  Soal-soal remeh temeh yang menjadi tajuk perdebatan dikalangan komponen pembangkang hari ini, bukanlah sebab untuk menukar kerajaan.

Malah, Ketua Menteri berkahwin dengan perempuan, bukan berkahwin dengan jantan!!!

Jadi dalam pilihanraya negeri yang akan datang ini, rakyat Sarawak perlu menanamkan tekad, bulatkan pendirian bahawa hanya BN yang benar-benar memahami aspirasi rakyat negeri dan mentadbir dengan adil.  Janji dan harapan palsu pembangkang (seperti terbukti di negeri-negeri yang diperintah mereka) adalah contoh nyata kenapa mereka perlu ditolak di Sarawak.

Pakatan Pembangkang Terus Berebut Kerusi, Bukti Rakus Kejar Kuasa

Belaga, 25 Feb. – Pakatan pembangkang terbukti tidak sehaluan apabila masing-masing cuba menegakkan benang yang basah dengan mahu bertanding dalam setiap pilihan raya tanpa sebarang kompromi dengan anggota dalam pakatan tersebut.

Apa yang diucapkan oleh Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan Ikom memang benar bahawa agenda dalam pakatan pembangkang adalah untuk berkuasa dan memusnahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak kira apa juga cara mereka.

“Pakatan pembangkang sekarang semakin kelam kabut apatah lagi mereka impikan sebuah kerajaan di Sarawak menjelangnya pilihan raya yang akan dilaksanakan akan datang,” katanya.

Senario berebut untuk menjadi calon ini semakin menjadi-jadi. Sekiranya mereka tidak diberi peluang maka penyokong dan orang kuat pihak yang dipinggirkan akan memberontak dan berindak denmgan membuka pekung di dada. apa dah jadi dengan Pakatan Rakya??Perkara yang sama berlaku di Daerah Belaga..

Beliau berkata demikian dalam mengulas berkaitan ketidaksepakatan anggota dalam pakatan pembangkang khususnya dalam hal-hal untuk meletakkan calon yang akan bertanding dalam pilihan raya.

“Sekarang ini, rakyat juga telah dapat menilai bagaimana sikap PKR, Pas dan DAP yang sebenarnya tidak pernah sehaluan dan persetujuan mereka dalam pakatan adalah satu lakonan semata-mata,” katanya.

Jelas beliau lagi, sekarang ini siapa yang akan percaya pada pakatan pembangkang sedangkan ramai pemimpin tertingginya sendiri sudah hilang kepercayaan dan lari meninggalkan pucuk pemimpinnya.

“Sedangkan pemimpin-pemimpin dalam PKR pun boleh hilang keyakinan pada perjuangan ketuanya jadi bagaimana pula dengan rakyat yang sentiasa menilai tindak-tanduk dan kelakuan mereka,” katanya.

Dalam hal ini beliau turut merujuk kepada Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan, yang sebelum ini sanggup berkorban pelbagai perkara demi mempertahankan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jika orang yang sebelum ini terlalu taksub dengan parti juga telah meninggalkan PKR, jadi bagaimana pula dengan rakyat. Ini bukan satu permainan silap mata tetapi rakyat mahukan sebuah jaminan berdasarkan apa yang mereka lakukan,” jelasnya.

Pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi di Sabah sebelum ini, perpecahan jelas berlaku apabila PKR enggan mengalah dan meletakkan calon untuk bertanding biarpun sebelum itu mereka membuat pakatan bersama-sama Parti Bersatu Rakyat Sabah (SUPP) untuk menentang BN.

Dalam hal berkaitan, ia berulang lagi di Belaga menjelangnya Pilihanraya Negeri Sarawak  akan datang yang nampaknya PKR sedaya upaya melobi agar ‘dibenarkan’ bertanding oleh rakan sekutu mereka iaitu Pas dan SNAP.

“Keadaan seperti ini tidak pernah berlaku dalam BN kerana konsep kepercayaan dan keyakinan kepada kepimpinan dan keputusan Perdana Menteri selain BN sendiri telah membuktikan kemampuannya menjadi teraju negara.”-Dirang Atun Telajan.

Pembangkang Bohong Besar Kepada Rakyat Untuk Talian Hayat

Belaga, 13 Feb. – Kerajaan mengingatkan rakyat agar jangan terpengaruh dengan putar belit parti-parti pembangkang dalam usaha mereka memanipulasi isu dan mencipta pelbagai propaganda untuk kepentingan politik semata-mata.

Pakatan pembangkang sekarang ini semakin ketandusan idea hasil daripada ketelusan pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang sentiasa teguh dengan khidmat bakti dalam menyelami dan menjiwai kehidupan mereka.

Parti-parti pembangkang inilah sebenarnya yang melakukan banyak penyelewengan dan pengkhianatan kepada rakyat dengan melakukan penipuan demi penipuan untuk mengekalkan populariti di kalangan masyarakat.

Rakyat bukan buta dan tidak dapat melihat bagaimana kepincangan negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang sebagaimana di Pulau Pinang dan Selangor selain Kedah dan Kelantan.

“Parti yang telah diberi mandat oleh para pengundi tersebut juga sanggup membohongi rakyat dengan pelbagai janji kebajikan dan lebih kejam lagi, mereka sanggup makan kawan hanya semata-mata untuk memeriahkan arena politik mereka agar tidak sunyi dan dilupakan oleh rakyat.”

Lihat sahaja Negeri Selangor yang terus-terusan dilingkari isu penyalahgunaan kuasa kerana dikaburi dengan wang ringgit hinggalah kepada ketidakpuasan hati para penduduk tempatan dengan langkah lepas tangan dan samberono para pemimpinnya.

“Inilah Kerajaan yang baru setahun jagung memerintah sedangkan BN yang sebelumnya dikenali sebagai Parti Perikatan telah menabur bakti membawa kemajuan dan pembangunan sejak pilihan raya pertama 1955 lagi.”

“Nilailah sendiri, dimana hala tuju perjuangan tanpa akar umbi tersebut. Parti yang sedemikiankah yang akan didukung untuk anak bangsa dan generasi pewaris akan datang?”

Janganlah biarkan tingkah sumbang pembangkang yang ibaratnya tikus membaiki labu.

“Yang sedia ada pun runtuh dan yang bukan-bukan pula direncananya sedangkan untuk menjadikan sebuah negara maju seperti hari ini bukanlah dengan sekelip mata sebagaimana yang cuba dijampi pakatan campuran.” – Dirang Atun Telajan

Pembangkang Gagal Berfungsi di Belaga

Sg. Asap, 11 Jan – Parti-parti pembangkang, khususnya pakatan campuran yakni PAS, DAP , SNAP dan PKR gagal memainkan fungsi untuk turut serta menyumbang dalam menjana pembangunan di Daerah Belaga malah perjuangan mereka tidak menepati situasi masyarakat tempatan apabila peranan mereka ditolak kerana dianggap ketinggalan.

Melihat kepada perkembangan terkini khususnya di negeri-negeri yang diterajui oleh pakatan pembangkang menyaksikan bahawa, harapan untuk pembangkang mengekalkan tapak mereka di kawasan tersebut adalah nipis memandangkan rakyat menolak perjuangan mereka yang dianggap satu penipuan.

Apa yang jelas, cara pakatan pembangkang mengunakan tipu helah bagi memenangi undi tidak dapat diterima oleh majoriti rakyat apatah lagi telah terbukti bahawa perjuangannya tidak berpijak kepada hakikat sebenar sebagaimana yang dikehandaki oleh pelbagai lapisan rakyat yang mahukan kemajuan dalam kehidupan mereka.

Dikatakan juga, perbuatan mencari-cari kesalahan kerajaan dan memperbesarkan isu yang berbangkit tidak sesuai lagi, sebaliknya rakyat telah memperlihatkan kematangan mereka berfikir serta memberikan sokongan kepada kerajaan Pusat dengan berlandaskan perkembangan semasa.

Umumnya, masyarakat sering disajikan dengan ceramah-ceramah pembangkang yang ternyata dijadikan sebagai platform bagi memburuk-burukkan agenda kerajaan termasuklah menimbulkan spekulasi, provokasi dan akhirnya persepsi songsang terhadap kerajaan.

Tindakan pakatan pembangkang yang menggunakan kesempatan diberi seringkali memperbesar-besarkan isu kecil, kemudian mengutip derma daripada orang ramai sudah tidak releven lagi lantas ia semacam menyanggah kemahuan sebenar rakyat.

Sebaliknya BN terus menerus menghulur pertolongan, bantuan dan menyediakan pelbagai perkhidmatan dan prasarana serta menjana pelbagai pembangunan supaya rakyat bertambah selesa tanpa melihat kepada idealogi politik mereka malahan sumbangan sama rata diberikan oleh pemimpin-pemimpinnya.

Lantaran itu, pelbagai penilaian telah dibuat k eatas perjuangan pakatan pembangkang selepas memerintah diberi kesempatan mentadbir lima negeri menerusi kemenangan dalam pilihan raya umum lalu tetapi hasilnya tidak satu pun keputusan dicapai memperakukan perjuangan mereka terutamanya dalam perkembangan kemajuan dan pembangunan.

Lebih teruk lagi, apabila wakil rakyat pembangkang yang diberikan kepercayaan gagal memanfaatkan peluang yang ada lantas taksub dengan kepentingan dan agenda politik sendiri tana melihat kepada pilihan utama masyarakat tempatan terutamanya dalam aspek pembangunan yang dijana serta kebajikan masyarakat yang terbela.

Sesungguhnya, rakyat menolak pemimpin yang hanya pandai bercakap seperti yang dilakukan oleh pembangkang yang ternyata ceritanya memang sedap tetapi hasilnya tidak ada.

Pembangkang Amal Budaya Ketam – Taib

 

LIMBANG, 26 Jan – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyelar sikap pemimpin-pemimpin pembangkang yang mengamalkan ‘budaya ketam’ dalam usaha mereka untuk cuba berkuasa di negara ini.

Katanya pemimpin-pemimpin pembangkang ini sudahpun menampakkan ketaksuban mereka dengan sanggup menjatuhkan pemimpin-pemimpin baru lain yang dilihat cuba mencabar kedudukan mereka dalam parti masing-masing.

Berucap merasmikan Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat di sini, beliau berkata keadaan dalam pakatan pembangkang sekarang sudah menunjukkan belang sebenar pemimpin mereka untuk kekal berkuasa sebagai agenda paling utama.

“Amalan tidak suka melihat orang lain naik sebegini tidak akan dapat membolehkan mereka menerajui kerajaan yang baik ataupun untuk membela nasib rakyat,” kata beliau.

Menurutnya amalan seperti ini juga digunakan pembangkang melalui penyebaran fitnah dan hasutan dalam percubaan mereka untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Harus diingat bahawa kita tidak mahu pemimpin yang dipilih dalam pilihan raya akan datang mempunyai sikap ketam ini dan jika ada, pemimpin seperti ini kita harus buang,” kata Taib yang juga pengerusi BN Sarawak.

Sebagai presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) yang merupakan tulang belakang BN di negeri ini, Taib berkata beliau tidak mahu budaya sedemikian wujud di kalangan anggota parti berkenaan.

Katanya perjuangan parti itu dalam BN selama ini adalah semata-mata untuk membela rakyat dan bukannya untuk memperjuangkan kepentingan diri sendiri.